~

widgeo.net

Saturday, June 26, 2010

~Cinta yg '7'~

entry ni juga dipetik dari email seorg teman... liyya xpasti la plak teman ini ada blog ke x....
ermmm, nina.... liyya copy ye bulat2.... hehehe.....
kali ni tentang 7 jenis CINTA yg mungkin ada sesetgh dr kita prnh mengalaminya....
Nina sayz: "dengan memahami jenis kisah cinta kita,
happy ending
bukan sekadar mimpi"....
so..... layanzzzz!!!

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar.. first love never dies.. yang pertama belum tentu yg terbaik.. tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm.. yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi guru seorang yang boleh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la.

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah terikat atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini,telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan.

**Apa yg pasti CINTA yg Agung itulah yg kekal abadi

Kasih manusia sering bermusim.... Sayang manusia tiada abadi....

Kasih Tuhan tiada bertepi.... Sayang Tuhan janjiNya pasti.....**

~Rahsia wanita disebalik hari kelahirannya~

mcm best tajuknye kn?? hehehe... hopefully evry1 enjoy reading this entry...
yg ni liyya dpt dr email.... so, liyya share this 'rahsia' with you all... hehe....
klu ada yg betul tu...mungkin kebetulan kot..... enjoy reading yaa!!


JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.


SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.


AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.


ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.


KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

lissaliyya in d house!!!!!


Alhamdulillah... at last, dpt juga akhirnya mempunyai blog sendiri...
memandangkan sebelum ni bz dgn study dan tanggungjwb lain....

hajat di hati nk buat satu blog utk share dgn teman2 semua tntg apa2 sahaja ilmu dan pengetahuan yg sy dpt melalui pembacaan...
(mostly will give benefits to all of us both to man and woman... InsyaAllah)

Okey.... sedikit pengenalan la.... lissaliyya ni sebenarnya gabungan antara nama sy (liyya) n my best friend (lissa)... nama sy pun, just a portion dr nama sbnr.... nama glemer la konon2nye...hihihi plus sbb nama blog kn kena lain dr org lain... hehehe

maskot blog ni adalah panda!!!! bcoz panda r sooooooo cute!!!!!! (^_^)
sy (liyya) hrp anda semua akan terhibur dgn entry2 di blog ni....
sebarg komen yg mbina turut dialu2kan (^_~)