~

widgeo.net

Tuesday, December 14, 2010

Petua dari DAPUR

dah bersawang dah blog nih.... banyak benda yang perlu dibuat dan difikirkan smpai xjenguk2 n xde posting entry bru....
ok la, kali ni nk share tentg petua di dapur... liyya xdelah kaki masak, just want to share with u ols...

NASi LEMAK LAZAT

Cuci beras seperti biasa dan sukat air kurang sedikit daripada biasa. Jika 3 cawan beras, guna 2 cawan air biasa. Masak dengan api sederhana. Sementara itu sediakan santan pekat sebanyak 1 1/2 cawan. Apabila nasi tadi hampir 3 suku masak, tuangkan santan bercampur sedikit garam. Kemudian ambil beberapa hiris halia dan dua ulas bawang merah (dihiris). Masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih, kacau dan biarkankan hingga masak. Insya-Allah tentunya nasi akan lebih sedap malah lembut dan wangi.

TAUHU TAHAN LAMA

CUBA petua ini bagi mencegah agar tauhu yang kita beli tidak mudah basi, tahan lama dan tidak berbau masam. Cuci tauhu dengan air bersih terlebih dahulu. Toskan tauhu hingga kering lalu tuangkan air panas. Biarkan hingga sejuk. InsyaAllah tauhu akan tahan lebih lama dan tidak masam.

MENGHINDARI BERAS DARI PADA KUTU BERAS

UNTUK menghindarkan beras yang disimpan menjadi buruk dan dimakan kutu, anda boleh cuba petua ini. Masukkan tujuh atau lapan tangkai cili kering ke dalam bekas tempat anda menyimpan beras. Cili kering hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Insya-Allah beras yang disimpan akan senantiasa bersih daripada dimakan kutu beras.


Adakah anda membuang begitu sahaja apabila nasi yang anda masak berbau hangit?

Anda boleh mencuba petua ini untuk mengelakkan pembaziran. Masukkan atau letakkan sekeping roti di atas nasi tersebut. Tutup periuk rapat-rapat. Kemudian letakkan bahagian bawah periuk di dalam bekas berisi air. Biarkan sebentar. Selepas itu, anda bolehlah cuba nasi tadi, insya-Allah nasi anda tidak lagi berbau hangit dan periuk pula senang untuk dibersihkan.

BAU HANYIR

TENTU anda yang tidak tahan bau hanyir ayam akan berasa mual apabila tiba masa memasak terutamanya mereka yang sedang mengandung. Cuba petua ini untuk hilangkan bau hanyir ayam. Cuci ayam yang hendak dimasak dengan air bersih. Ambil daun kari ataupun serai dan sapukan ke seluruh bahagian ayam tadi. Biarkan beberapa minit sebelum mula memasak. Pasti bau hanyir ayam tadi akan hilang atau berkurangan. Selamat Mencuba!

BUBUR KACANG CEPAT EMPUK

BAGI anda yang gemar makan bubur kacang hijau. Tentu sedap sekiranya buburyang dimakan manis dan empuk.
Apakata anda cuba petua bagaimana bubur kacang yang enak dan empuk. Basuh kacang hijau dengan air sebersih-bersihnya.

Goreng kacang tadi di dalam kuali tanpa minyak dengan menggunakan api perlahan. Kacau berulangkali hingga kacang kembang. Selepas itu, barulah anda boleh rebus kacang hijau tersebut menjadi bubur kacang hijau. Cubalah hasilnya memuaskan selera anda.

~SELAMAT MENCUBA~

Thursday, July 29, 2010

TIPS menangani KESILAPAN

setiap insan pasti pernah melakukan kesilapan, samada kesilapan kecil @ besar...

liyya sendiri pun ada jugak lakukan kesilapan terhadap insan2 disekeliling liyya, terutamanya yg rapat... maafkan liyya... diri ini mengakui kesilapan yg dilakukan... dan ketahuilah...

kerna ku tahu diriku ini cuma insan biasa... banyak kelemahan.... iman senipis kulit bawang..
tp diri ini cuba utk berubah utk jd insan biasa yg lebih baik demi agama, diri sendiri, keluarga, dan insan2 disamping liyya...

semoga tips ni berguna utk kita sama2 perbaiki diri kita~~


1.Terima Kesilapan Yang Anda Lakukan

2.Akui Hakikat Bahawa Kesilapan Adalah Sebahagian daripada Fitrah Kehidupan

3.Hanya Lembah Yang Rendah Mampu Menadah

4.Sedia Untuk Meminta Maaf

5.Jika Ia Kesilapan Peribadi Anda; Rahsiakannya

6.Sedia Untuk Meminta Maaf



Belajarlah Daripada Kesilapan, Elak Daripada Berulang. Jika Anda Tidak Dapat Memperbaiki Kesilapan Itu, Minta Bantuan.

Thursday, July 22, 2010

KENALI JENIS-JENIS KEGEMUKAN ~ FYI only..

liyya saje je post entry ni utk share dgn semua... bkn nk mengata sape2 k...
jgn lak ada yg terasa ye.. layanzzz~


Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.