~

widgeo.net

Tuesday, December 14, 2010

Petua dari DAPUR

dah bersawang dah blog nih.... banyak benda yang perlu dibuat dan difikirkan smpai xjenguk2 n xde posting entry bru....
ok la, kali ni nk share tentg petua di dapur... liyya xdelah kaki masak, just want to share with u ols...

NASi LEMAK LAZAT

Cuci beras seperti biasa dan sukat air kurang sedikit daripada biasa. Jika 3 cawan beras, guna 2 cawan air biasa. Masak dengan api sederhana. Sementara itu sediakan santan pekat sebanyak 1 1/2 cawan. Apabila nasi tadi hampir 3 suku masak, tuangkan santan bercampur sedikit garam. Kemudian ambil beberapa hiris halia dan dua ulas bawang merah (dihiris). Masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih, kacau dan biarkankan hingga masak. Insya-Allah tentunya nasi akan lebih sedap malah lembut dan wangi.

TAUHU TAHAN LAMA

CUBA petua ini bagi mencegah agar tauhu yang kita beli tidak mudah basi, tahan lama dan tidak berbau masam. Cuci tauhu dengan air bersih terlebih dahulu. Toskan tauhu hingga kering lalu tuangkan air panas. Biarkan hingga sejuk. InsyaAllah tauhu akan tahan lebih lama dan tidak masam.

MENGHINDARI BERAS DARI PADA KUTU BERAS

UNTUK menghindarkan beras yang disimpan menjadi buruk dan dimakan kutu, anda boleh cuba petua ini. Masukkan tujuh atau lapan tangkai cili kering ke dalam bekas tempat anda menyimpan beras. Cili kering hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Insya-Allah beras yang disimpan akan senantiasa bersih daripada dimakan kutu beras.


Adakah anda membuang begitu sahaja apabila nasi yang anda masak berbau hangit?

Anda boleh mencuba petua ini untuk mengelakkan pembaziran. Masukkan atau letakkan sekeping roti di atas nasi tersebut. Tutup periuk rapat-rapat. Kemudian letakkan bahagian bawah periuk di dalam bekas berisi air. Biarkan sebentar. Selepas itu, anda bolehlah cuba nasi tadi, insya-Allah nasi anda tidak lagi berbau hangit dan periuk pula senang untuk dibersihkan.

BAU HANYIR

TENTU anda yang tidak tahan bau hanyir ayam akan berasa mual apabila tiba masa memasak terutamanya mereka yang sedang mengandung. Cuba petua ini untuk hilangkan bau hanyir ayam. Cuci ayam yang hendak dimasak dengan air bersih. Ambil daun kari ataupun serai dan sapukan ke seluruh bahagian ayam tadi. Biarkan beberapa minit sebelum mula memasak. Pasti bau hanyir ayam tadi akan hilang atau berkurangan. Selamat Mencuba!

BUBUR KACANG CEPAT EMPUK

BAGI anda yang gemar makan bubur kacang hijau. Tentu sedap sekiranya buburyang dimakan manis dan empuk.
Apakata anda cuba petua bagaimana bubur kacang yang enak dan empuk. Basuh kacang hijau dengan air sebersih-bersihnya.

Goreng kacang tadi di dalam kuali tanpa minyak dengan menggunakan api perlahan. Kacau berulangkali hingga kacang kembang. Selepas itu, barulah anda boleh rebus kacang hijau tersebut menjadi bubur kacang hijau. Cubalah hasilnya memuaskan selera anda.

~SELAMAT MENCUBA~

1 comment: